Sayangemas

Wanita berjubah kebas gelang emas

  
4th Feb 2008
SHAH NIZAM OMAR

ALOR SETAR - Menyamar sebagai pelancong asing sebelum melarikan seutas gelang emas bernilai RM10,000.

Demikian taktik dua wanita yang memperdaya dua pekerja sebuah kedai emas di pusat beli-belah City Plaza di sini semalam.

Ketika kejadian pukul 12 tengah hari, dua wanita dipercayai rakyat tempatan yang menyamar pelancong Arab didakwa memukau dua pekerja kedai emas yang terletak di tingkat satu sebelum melarikan gelang emas tersebut.

Seorang pekerja kedai itu, Siti Hajar Johar, 24, berkata, ketika kejadian beliau bersama seorang rakannya melayan dua pelanggan itu kerana tiada pelanggan lain.

"Sebaik seorang daripada wanita itu meminta untuk melihat gelang tersebut, kami berdua tiba-tiba terasa seperti berada dalam khayalan.

"Selepas bercakap-cakap mengenai harga dan bentuk rantai itu, kami kemudian terasa seperti dalam mimpi,'' katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.

Menurutnya, ketika kejadian yang berlaku dalam lingkungan 20 minit, hanya beliau dan rakannya itu saja menjaga kedai.

"Selepas kira-kira lima minit ditinggalkan dua wanita itu, baru kami perasan gelang itu lesap bersama wanita berjubah itu," katanya


Source: http://www.kosmo.com.my

   Back to top     |      Print this page   |     Bookmark this page

   Navigation

   Harga Emas

Harga Emas Malaysia

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]