Sayangemas

Dana emas OSK-UOB unjur hasil tahunan 23 peratus

  
09/05/2008
http://www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Mei - OSK-UOB Unit Trust Management Bhd meninjau untuk mencatatkan hasil tahunan antara 15 dan 23 peratus bagi dana barunya OSK-UOB Capital Protected Gold-Linked Fund, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Seng Yee hari ini.

Dana perlindungan modal akhir tertutup tiga tahun itu menyasar untuk menyediakan pendapatan biasa dalam tempoh sederhana di samping melindungi modal pelabur pada tarikh matang, kata Seng Yee.

Ia juga bagi menawarkan pulangan berpotensi kepada pelabur daripada kenaikan harga emas, kata beliau pada taklimat media di sini.

Seng Yee berkata, strategi dana itu adalah untuk melabur 87 hingga 100 peratus daripada modal yang diperoleh terutamanya deposit instrumen boleh runding kupon tiga tahun (ZNID) menurut ciri-ciri perlindungan modal.

Baki sehingga 10 peratus daripada modal yang diperoleh akan dilaburkan dalam opsyen atas kaunter yang diterbitkan pada indeks emas, Indeks JP Morgan Gold Excess Return, bagi menjana pulangan, katanya.

Menurut Seng Yee, harga emas dijangka meningkat dalam jangka masa terdekat hingga sederhana disebabkan oleh peningkatan yang bertambah terutamanya dari China dan India, manakala kelemahan dalam dolar Amerika akan membawa kepada bank-bank pusat terutamanya di Asia, untuk mempelbagaikan daripada dolar AS dan kenaikan rizab emas mereka.

Dolar AS yang lemah juga memberi kebaikan dalam pelaburan emas, katanya.

"Dan dengan kekecohan dalam harga minyak dan makanan baru-baru ini, yang akan memberikan tekanan inflasi, emas memainkan peranan lagi memandangkan secara tradisinya ia terlindung nilai terhadap inflasi," katanya.

Dengan 200 juta unit ditawarkan pada RM1 setiap satu, dana berkenaan dibuka selama 21 hari mulai hari ini hingga 28 Mei ini.

Pelaburan minimum permulaan pada RM5,000.

 

   Back to top     |      Print this page   |     Bookmark this page

   Navigation

   Harga Emas

Harga Emas Malaysia

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]