Sayangemas

Barang kemas celup

  
10th Oct 2008
Kosmo

KUALA LUMPUR - Jika anda peminat barangan emas, hati-hati kerana ada sindiket dianggota beberapa lelaki Sabah dikesan ligat menjual barang kemas palsu.

Tidak kira siang atau malam, ahli sindiket akan mendekati mangsanya secara tergesa-gesa sambil menunjukkan barang kemas celup tetapi dikatakan tulen.

Bermodal pakaian kemas dan bermulut manis, ahli sindiket mampu mendapat keuntungan sehingga ribuan ringgit dengan barangan yang hanya bermodal RM60. Kos RM60 itu pula hanya untuk membeli cangkuk emas tertera 916 tulen.

Seorang mangsa Kartika, 20, berkata, dia menjadi mangsa seorang lelaki Sabah ketika berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa bulan lalu.

Menurut beliau, lelaki yang tergesa-gesa itu menunjukkan seutas gelang dengan mempunyai cangkuk bertulis 916 dan ingin menjualnya dengan harga RM1,000.

"Saya ingatkan ia emas tulen kerana ada angka 916.

"Selepas tawar-menawar, lelaki itu menjual gelang itu dengan harga RM100 saja,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, beberapa minggu memakai gelang itu, ia mula pudar dan selepas diselidik gelang tersebut merupakan gelang palsu.

Kejadian itu tidak berakhir di situ apabila pada September lalu, seorang anggota polis lelaki yang juga rakan Kartika cuba ditipu.

Zainal, 30-an, berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Raja Laut dan seorang lelaki menawarkan seutas rantai leher ada tanda 916 pada cangkuknya dengan harga RM400.

"Sebaik didekati, saya teringat nasib Kartika dan terus merampas rantai tersebut selepas memperkenalkan diri sebagai polis.

"Lelaki itu yang takut terus memanggil beberapa rakannya untuk meminta semula rantai itu tetapi selepas saya bertegas semua melarikan diri,'' kata beliau.

Kosmo! yang membandingkan rantai tersebut dengan yang tulen mendapati warna rantai leher yang dirampas itu sangat pudar tetapi cangkuknya berkilat dan memang mempunyai angka 916.

Sementara itu, sumber polis dari Bahagian Unit Rekod Perangkaan (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, antara barang kemas yang popular di kalangan sindiket iaitu rantai, gelang dan jam tangan palsu menggunakan jenama terkenal.

Menurut beliau, polis telah memantau pergerakan sindiket tersebut tetapi pihaknya kekurangan bukti untuk menahan suspek berikutan tidak menerima sebarang laporan dari mana-mana mangsa setakat ini.

 

   Back to top     |      Print this page   |     Bookmark this page

   Navigation

   Harga Emas

Harga Emas Malaysia

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]